Anugerah Skrin 2006

Anugerah Skrin 2006 dianjurkan oleh TV3 untuk mengiktiraf karya terbaik penggiat seni dalam penerbitan rancangan televisyen, drama, dan filem buatan Malaysia. Majlis ini diadakan pada 22 Disember 2006, bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 dan ditaja oleh Pantene.[1] Nazrudin Habibur Rahman dan Nur Fazura diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis anugerah ini.